- Menangisi
perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih
kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi
dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan
lebih menjamin dunia dan akhirat
|
- Seseorang
yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan
semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk
menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila
diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
|
- Ajaran
seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan
suatu kalungan bagi lehermu
|
- Sesungguhnya
hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang
bijaksana ada di hatinya
|
- Setitik
air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia
menitik
|
- Paip
yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan
menghasilkan kegelapan
|
- Semakin
jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya
datang menghampiri kita…
|
- Tingkahlaku
adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna
|
- Anyamlah
buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai
keaslian pantai itu
|
- Lihatlah
di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu
jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang
kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan
dengar, simpan…buat pedoman
|
- Jangan
berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian
|
- Perkataan
yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu
dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari
sutera
|
- Seandainya
kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk,
janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
|
- Kemuncak
segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong
ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
|
- Jangan
malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada
tidak memberi sama sekali
|
- Kegagalan
pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita
cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
|
- Orang
sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
|
- Orang
yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
|
- Dalam
masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang
|
- Tiada
bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
|
- Cinta
ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah
bertemu
|
- Airmata
penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran
hati
|
- 1000
mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi
cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
|
- Adalah
lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah
yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah
yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan
|
- Wangi
di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di
mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia
|
- Janganlah
bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga.
Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau
terhukum kerana sumpah itu
|
- Belajarlah
bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika
menghadapi kerugian
|
- Manusia
boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya
dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang
kecil
|
- Yang
penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi
menakluk salah seorangnya sahaja
|
- Orang
yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap
bahagia
|
- Keagungan
peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung,
untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat
|
- Cintaku
kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang
itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
|
- Hindarilah
diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah.
Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja
sama di antara satu sama lain.
|
- Ibarat
sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak
pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia
|
- Terbitnya
kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan
|
- Orang
yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka
memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
|
- Mengapa
manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri
dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan
|
- Air
susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita
sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
|
- Lebihkan
manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman
|
- Bercintalah
dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan
peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan
|
- Sehaluan
tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan
|
- Kemarau
yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di
musim panas
|
- Tiada
gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan
sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan
|
- Kewajipan
merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat
bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang
mengikut ke mana sahaja kita pergi
|
- Sekeras
keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua
sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut
|
- Insan
yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah-
tengah pipi masyarakat
|
- Lidah
ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya
|