PERIBAHASA


PERIBAHASA PILIHAN

Ada gula ada semut.

Di mana banyak mata pencarian maka di situlah ramai orang berkunjung.

Ada udang di sebalik batu

Perbuatan atau kerja seseworang itu ada niat yang lain daripada apa yang dia

kerjakan.

Alah jadi abu, menang jadi arang.

Di dalam sesuatu pergaduhan, sama ada menanag atau pun kalah kedua-dua

belah pihak akan mendapat kerugian.

Air digenggam tidak tiris.

Orang kedekut atau bakhil.

Air sama air sampah ke tepi juga.

Jangan ambil tahu atau campur tangan di dalam sesuatu pergaduhan di

antara satu keluarga, apabila mereka akan berbaik semula maka kita juga

akan ke tepi atau disisihkan.

Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan.

Membesar-besarkan sesuatu perkara yang kecil sehingga tidak boleh

diterima akal.

Bagai anjing buruk kepala.

Seseorang yang dipandang rendah atau hina oleh orang lain.

Bagai api di dalam sekam.

Sesuatu perbuatan yang jahat dan merbahaya kalau dibiarkan akan

bertambah besar akibatnya.

Bagai hujan jatuh ke pasir.

Suatu pekerjaan yang sia-sia bila dilakukan iaitu tidak memberikan untuk

faedah kepada yang melakukannya.



Bagai ikan kena tuba.

Orang yang mabuk, iaitu tidak ketahuan lagi apa yang berlaku di

sekelilingnya.

Bagai kunyit dengan kapur.

Dua orang sahabat yang sangat mesra walaupun mereka baharu sahaja

berkenalan.

Bagai melukut di tepi gantang.

Seorang yang tidak mendapat perhatian oleh masyarakat di tempat dia

tinggal.

Bagai telur di hujung tanduk.

Seorang yang sentiasa di dalam kesusahan dan ketakutan atau kecemasan

hanya menanti masa sahaja sesuatu itu akan menimpa dirinya.




Bahasa menunjukkan bangsa.

Seseorang itu boleh diketahui akan keturunannya hasil daripada tutur kata

dan bahasa yang digunakannya.

Belanda minta tanah.

Seorang yang belum puas hati lagi apabila kita memenuhi permintaannya

maka dia mahu lebih dari yang dimintanya.

Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga

Pergaduhan antara kaum keluarga sendiri tidak akan berpanjangan akhirnya

akan berbaik semula.

Cubit paha kanan paha kiri sakit juga.

Kalau saudara mara kita dicerca oleh orang lain, maka kita pun terasa terhina

atau tercerca juga.

Di hulu keruh dan di hilir pun keruh.

Kalau bapa berperangai jahat, maka si anaknya berkelakuan jahat juga.

Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang.

Seseorang yang di dalam serba salah.

Enggang lalu ranting patah.

Kalu seseorang yang besar dating melawat ke kawasan, maka anak buahnya

akan bersusah paying untuk menyambut kedatangannya.

Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar juga.

Orang yang berpendapatan kecil hendak berbelanja seperti orang yang

berpendapatan besar tentulah berpendapatan kecil itu akan mendapat susah.

Gajah dikalahkan oleh pelanduk.

Suatu kerajaan besar dikalahkan oleh kerajaan kecil iaitu dengan tipu helah

sahaja.

Gergaji dua mata.

Orang yang mengambil untung daripada kedua belah pihak.

Getah meleleh ke pangkal, daun melayang.

Kasih ibu bapa kepada anaknya sendiri lebih daripada kasih sayang pada

keluarga yang lain.

Habis kapak berganti beliung.

Orang yang rajin bekerja, maka dia akan menggunakan berbagi alat atau

ikhtiar untuk menghabiskan kerja-kerjanya.

Harimau mengaum tidak menangkap.

Orang yang rupanya pembengis maka biasanya dia tidak terlalu bengis.

Indah khabar dari rupa.

Sesuatu perkara yang beritanya sahaja baik, bagus dan elok daripada apa

yang sebenarnya.

Itik diajar berenang.

Tidak memberi faedah mengajar kepada orang yang telah ketahui di dalam

sesuatu hal.

Jong pecah Yu kenyang.

Apabila seseorang kaya telah meninggal dunia, maka anak-anaknya tentulah

beroleh kesenangan atas peninggalan harta ayahnya yang banyak itu.

Jual sutera beli mastuli.

Membuang sesuatu barang yang kurang baik, tetapi mendapat barang yang

lebih baik dari itu.

Kalau angin tidak bertiup, takkan daun bergoyang.

Kalau sesuatu itu betul-betul tidak berlaku, manakan diperkatakan oleh orang.

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Kalau membuat sesuatu pekerjaan mestilah bersungguh-sungguh, kalau tidak

begitu manakan dapat hasilnya.

Kuman di seberang laut nampak, gajah di hadapan mata tak nampak.

Kalau kesalahan orang lain walaupun kecil diambil tahu, tetapi kesalahan

sendiri tidak disedari walaupun kesalahan itu besar.

Kurang sehiris sebelangga.

Sedikit sangat lagi untuk mencukupi yang kurang.

Lain yang makan nangka, lain yang kena getahnya.

Orang lain yang buat kesalahan, orang lain pula yang kena hukuman.

Lepas bantal ganti tikar.

Seseorang berkahwin dengan seseorang perempuan, apabila perempuan itu

meninggal dunia maka dia berkahwin pula dengan adik perempuan itu.

Lembu punya susu sapi dapat nama.

Orang lain yang bersusah payah, orang lain yang dapat pujian.

Makan hati berulam jantung.

Seseorang yang susah hati disebabkan sesuatu hal menyebabkan dia

merana.

Marahkan pijat-pijat kelambu dibakar.

Seseorang yang bebal oleh sebab perkara yang kecil, habis dimusnahkan

harta kepunyaannya.

Melentur aur biarlah waktu rebung.

Kalalu kita hendak mendidik anak supaya berpekerti yang baik maka elaklah

dididik ketika si anak masih kecil.

Memasang lukah di pergentingan.

Mengambil untung ketika seseorang itu amat memerlukan sesuatu barang itu.

Meludah ke langit, timpa ke atas batang hidung sendiri.

Kalau memburuk-burukkan adik-beradik sendiri, dirinya sendiri yang akan

mendapat malu.

Merak mengigal di hutan.

Orang yang menunjukkan kecantikannya tidak kena pada tempatnya.

Musuh di dalam selimut.

Orang membuat khianat dengan sembunyi kepada tuannya atau perkumpulan

yang dia menjadi ahlinya.

Orang takutkan harimau kerana takutkan kuku dan taringnya.

Seseorang yang dihormati atau ditakuti orang lain kerana ada sesuatu

kelebihan pada dirinya.

Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.

Kesusahan yang lama itu akan hilang apabila kesusahan itu dapat diatasi

dengan harta benda yang melimpah ruah.

Pipit meminang anak enggang.

Orang yang berpangkat rendah telah meminang anak orang berpangkat

tinggi.

Potong hidung rosak muka.

Kalau kita menghinakan kaum keluarga sendiri, kita juga yang akan dapat

malu.

Punggur rebah belatuk menumpang mati.

Seseorang yang mendapat kemalangan, bukan kesalahannya sendiri tetapi

disebabkan oleh orang lain.

Ringan tulang berat perut, berat tulang ringan perut.

Seseorang yang rajin tentulah akan senang kehidupannya, kalau ia malas

tentulah akan susah kehidupannya.

Rumah siap, pahat berbunyi.

Apabila sesuatu pekerjaan itu sudah siap, maka baharulah ada sungutan,

memecat dan sebagainya.

Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.

Dengan berbagai-bagai nasihat tidak juga seseorang itu mengubah

perangainya yang jahat, lebih-lebih lagi kalau tidak dinasihatkan langsung

tentulah dia bertambah jahat.

Sambil menyelam minum air.

Membuat dua pekerjaan yang berfaedah dalam satu-satu masa.

Seperti abu di atas tunggul.

Seseorang yang menumpang hidup di rumah orang lain, maka senanglah

dihalau orang, terutamanya dia sudah tidak disukai lagi oleh orang tempat dia
menumpang itu.

Seperti gagak pulang ke benua.

Seseorang yang baharu balik dari mengembara, iaitu kepulangannya tidak

ada membawa sebarang perubahan pada dirinya.

Seperti kucing dibawakan lidi.

Seseorang yang jadi takut apabila dia melihat benda yang menakutkan.

Seperti kumbang putus tali.

Seseorang yang sangat pantas berlari.

Seperti pahat dengan pemukul.

Orang mals, sekali diperintah baharu dia buat apa yang disuruh itu.

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

Apabila membuat sesuatu pekerjaan dengan beransur-ansur akhirnya akan

beroleh kejayaan atau sempurna juga.

Sebabkan nila setitik maka rosak susu sebelanga.

Oleh sebab sesuatu perkara keburukan kecil berlaku, maka hilanglah segala

kebaikan yang dilakukan selama ini.

Takut titik lalu tumpah.

Oleh sebab takut rugi sedikit, maka mendapat rugi yang banyak.

Takkan harimau makan anaknya.

Sejahat-jahat atau seganas-ganas manusia, dia tidak sanggup

membinasakan anaknya.

Tak tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah

Seseorang byang tidak tahu membuat sesuatu pekerjaan, dia malu pula

hendak mengaku tidak boleh melakukannya, tetapi menyalahkan orang lain
pula.

Telunjuk lurus kelingking berkait.

Seseorang itu nampaknya baik dan jujur tetapi sebenarnya dia seorang yang

jahat.

Tiada rotan akar berguna.

Kalau tiada benda yang cukup elok pada masa yang hendak digunakan,

maka benda yang baik pun memadailah untuk penggantinya.

Tolak tangga berayun kaki.

Oleh sebab kita telah membuang satu alat pertolongan untuk kemudahan diri

sendiri, maka sekrang ini tak boleh dibuat apa-apa lagi.

Ukur baju di badan sendiri.

Membuat sesuatu pekerjaan itu hendaklah mengikut keadaan diri sendiri akan

kesanggupannya.

Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Kalau seseorang yang berpakat atau berdarjat tinggi, bercampur dengan

orang kebanyakan, maka pangkat dan darjatnya itu tidak akan hilang.

Umpama aur dengan tebing.

Kehidupan dalam sesuatu tempat itu sentiasa bertolong-tolongan di antara

satu sama lain.

Untung secupak rugi segantang.

Orang yang kurang bernasib baik mendapat untung sedikit tetapi

menanggung kerugian yang banyak.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Seseorang yang bernasib baik tentulah dapat hidup dengan mewah, tetapi

sebaliknya kalau nasib tak baik akan hidup dengan kesusahan.

Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran.

Orang yang tamak berkehendakan untung yang banyak tetapi apa-apa yang

ada di tangannya pun habis hilang disebabkan mengejar keuntungan yang
lebih.

No comments:

Post a Comment